October 25, 2014

Solo Travel

Bukan buat pertama kali aku nak travel secara solo. Tapi tak tahu kenapa aku rasa gementar untuk kali ni. Mungkinkah destinasi ni adalah destinasi idaman selama lebih 10 tahun aku idami? Aku pun tak tahu. Kalau dulu masa mula-mula ke Korea aku juga travel secara solo. Negara ni juga tidak boleh berbahasa inggeris dan tak tahu apa-apa mengenai Korea. Ketika itu aim aku hanya untuk melarikan diri dari Malaysia iaitu stress bekerja. Mungkin juga pada ketika itu aku masih di awal 20-an. Jadi segalanya munggunakan istilah belasah jer. Tak tahu cuba, sesat cari jalan lain, kena tipu fikir itu rezeki orang kita cari rezeki kita, ada lain rezeki bakal tiba. Kali ini.... Jepun adalah destinasi yang sejak dari kecil aku idami. Dari kecil keluargaku mengambil anak angkat Jepun jadi budayanya sudah sebati. Sedangkan emakku sendiri ketika aku di hostel akan bawa sushi air tangan emakku sendiri hampir setiap kali lawatan. Sampai aku cemburu dengan kawan-kawanku yang lain. Mak orang lain bawa nasi lauk itu ini, emak aku bawa sushi sahaja. Tapi bila difikirkan kembali. Emak aku buat sushi OK!!!! hahahahaaaa.... Bila emak abahku pergi disusuli abangku pergi pula, aku jadi tak sabar. Tapi rezeki duit sendiri mahu kesana tak kesampaian lagi. Jepun terlalu mahal dari pandangan budak 18 tahun ketika itu. Akhirnya pada usia 25 tahun aku bakal menjelajahi negara yang aku aim dari kecil. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan perjalanan. Aku pasti dan yakin Allah sentiasa bersama kita semua. Mengembara kerana Allah, mempelajari segala ilmu dan budaya yang diciptakan dari Nya. MasyaAllah.... aku menanti perjalanan yang bakal aku hadapi. Minta doa kalian untukku yang kerdil ini. Semoga Allah merahmati dan membalas doa kalian di syurga kelak. 

Kalau ada pandangan perjalanan kemana ketika di Tokyo ke atau dimana-mana. Sebarang cadangan jemput tinggalkan comment ya. By the way aku bakal kesana mengikut perancangan selama 13hari.


yang bakal dijajahi 

No comments:

Post a Comment