October 13, 2014

Penghormatan Terakhir


For more closer I'm gonna write in my native language Bahasa Melayu. Its long time enough I kept safely this memory and like to share this story. This story had been hold as draft for almost a year. The actual date was on September 2013.

Pertama kali menghadiri penghormatan terakhir. Walau jauh dari Seoul dan penuh cabaran nak mnghadiri.. tapi banyak benda baru yang di kagumi... Semua classmates turun  berperingkat mengikut waktu kelas habis. Lecture dan dekan hantar ketua department untuk mewakili (part ni aku agak terkejut sebab sanbae secara tiba-tiba muncul).. few of classmate tunggu sampai keesokan paginya sebelum upacara pemakaian baju (kalau tonton drama anda akan perasan waktu memakai baju coklat seperti kain guni) dan mereka berarak ke tempat perkuburan. Pada pagi tersebut aku mempunyai kelas jadi tidak berkesempatan untuk menghadiri.


Kawan aku mempunyai dua beradik. Dia merupakan anak sulung perempuan dan adik lelaki di sekolah menengah. Sampai sahaja di bangunan merupakan temat penghormatan untuk kematian (kebanyakankan setiap hospital besar di Korea akan terdapat tempat sebegini). Banyak kematian dan kami perlu mencari bilik si mati. Sesudah sampainya kami di pintu masuk akan terpampar senarai nama si mati dan waris di kaca TV. Oleh kerana kawanku adalah perempuan jadi nama adiknya tertulis disitu. Pada permulaannya kami tidak mengetahui nama bapa kawan aku. Budaya Korea yang hanya menggunakan nama keluarga sahaja kadang-kadang agak menyulitkan keadaan bagi aku. Sekiranya ketika kematian terdapat nama keluarga yang sama akan lebih menyulitkan keadaan. Selepas diamati kami mengenal pasti bilik mana dan kemudian pergi mencari bilik tersebut untuk membuat penghormatan terakhir. 

Sampainya kami melangkah masuk dengan penuh debaran kerana buat pertama kali bagi semuanya hadir tanpa ibu bapa (aku lagilah foreigner dan juga pertama kali). Seorang dari kami kebiasaannya yang paling tua meletak cencolok dan tunduk sujud hormat dua kali akan tetapi aku dengan cara yang berlainan  kerana perbezaan agama, hanya tunduk kepala akan tetapi dalam masa yang sama dengan kawan lain dan sebanyak dua kali juga. Kemudian kami bergerak ke arah kanan kemudian tunduk hormat pada dua beradik yang masih muda dan kecil ni. Hati hiba secara tiba-tiba dan sayu... seorang demi sorang mengalirkan air mata dan menangis. Kami saling berpelukan memberi tanda sokongan. Keluarga kawanku ini sangatlah kecil dan tidak besar. Sekiranya kita menonton drama, ramai yang menghadiri penghormatan terakhir bukan? Akan tetapi pada realitinya keluarga ini tidak mempunyai kenalan yang ramai. Kami semua kawan sekelas hadir sudah cukup rasanya menghilangkan beban dan menambah sedikit kesuraman dihati dia.

Kawan aku yang berpakaian 'sangbok' serba hitam bereben putih di kepala merupakan orang yang paling ceria di dalam kelas, akan tetapi harini hanya mampu tersenyum sayu. Semua sudah suratan Illahi.  Harini hari dia esok mungkin hari kita tak siapa tahu. Walau apa agama kita, tetap terima seadanya kerana kita berkongsi pentas dunia yg sama. Aku yang mmg niat membawa sepasang baju kurung hitam selepas pulang raya summer haritu  atas segala kebekarangkalian perkara seperti ini akhirnya terjadi. 

Akhir kata walau perjalanan pergi dan pulang kami sangat mencabar aku hargai segala pengalaman yang di beri bukan kepada semua orang ini. Terima kasih Tuhan. 


Bilik penghormatan no.4 dan terpampang gambar si mati.
Dihadapan pintu tersebut terdapat meja kecil dan buku bagi yang hadir menulis nama dan meletakkan wang sumbangan buat keluarga si mati. 
Bertentangan dengan bilik tersebut terdapat ruang makan bagi tetamu yang hadir.